Thursday, January 20, 2011

segalanya milikMU

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Thursday, January 13, 2011

Youth Outdoor Quest 10

salam,
YOQ or lbih dikenali ngan nma panjangnya 'Youth Outdoor Quest'..
ni la prog yg aku pg, saje nk share ngan my all ... arap x kisah..





Tarikh
-       31 Disember 2010 – 2 Januari 2011


Tempat
i.       Masjid Sungai Tua, Selayang Baru
ii.      Kem Nur Laman Bestari Eco Resort

Anjuran
i.       Pemuda IPT IKRAM Gombak
ii.      World Assembly of Muslim Youth (WAMY)


menurut kata prog. Manager
"Proses tarbiah tidak hanya bertumpu pada pengisian intelektual dan spiritual semata-mata malah lebih daripada itu.".

"Mukhayyam kali ini merangkumi 70% aktiviti ‘outdoor’ dan 30% aktiviti ‘indoor’. Lantas, program ini harus dimanfaatkan oleh semua peserta sementelaah musim peperiksaan baru sahaja berakhir."



aku: rangkap last skali tu, rasa mcm pernah dgr la plak tp kat mna nya.. (^_^)?
( kata-kata pengarah KRJ Pusat)...cuma yg tu 90% out dooor..

" ﺍﻠﻌﻘﻞ ﺍﻠﺳﻟﻴﻢ ﻓﻰ ﺍﻠﺠﺳﻢ ﺍﻠﺳﻟﻴﻢ "
ni mlm pertama di, masjid, kito org berkumpul utk ice breaking and bg group

disini lah ikatan ukhwah kami terjalin, ahli group aku

laung smngat group kami: "C for charly, C for Champion,"
takbir!!!....Allah Akhbar


tugasan pertama kita org kna buat 1.servey 15 level of people, 2.menjual barang sbg tred for mkn tgh ari, 3.buat khidmat masyarakat
berani x kita org, mmg mencabar jiwa raga kot task nih, lain kali klu aku thu kna buat mcm nih lg komfirm aku pakai bedak tebal2   .... (T_T)
mcm biasa lah, buat khemah sendiri, tp aku x tido dlm khemah pun

ha.. yg ni mmg sedih klu nk di ceritakan...setiap ader perhimpunan mmg kami akn di 'disiplinkan'..mmg kami bakal jundi2 yg bisa tegar di medan..hahaha..(T_T)..sedih kot asyik kena jer.


pasal ini mmg aku terasa ibrah dia, korg bayangkan, korg blh sembahyang zohor di panas terik mentari  dgn tdk mengalaskan sesuatu pun..serius terasa mcm solat di padang pasir.

buat rakit, semua dah pakar, team kami no1 siapkan bendalah nih..bangga kot!

tp bangga x bangga, aku just dapat naik pelampong ni jer, sbb rakit td blh muatkan 6 org jer maximum

ok, stakat tu jerlah dulu aktiviti yg dapat di kongsikan,...
yg plg pnting lg yg aku nk share ngan my all adalh ibrah nya...

ha, ni la antara ibrah2 yg ak dapat sepanjang prog nih....

1.    taaruf kenalan baru dan mengukuhkan ukhuwwah sesama ahli tarbyyah yg lain

2.    dpat melatih sifat-sifat leadership setiap ahli tarbiyyah

3.    mendidik berdisiplin yg slama ini longgar krn kena taaat kepada kepimpinan

4.    bina semanagt teamwork dlm kumpln

5.  yg semua di atas standart jer, mna2 prog blh dpt ...specialnya kat bawah nih

6.    Mendidik menghargai sirah perkembangan dakwah Islam

7.    Menghayati dan mengambil ibrah dari sirah Rasulullah sebagai pedoman dakwah

8.    Menyelami pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dalam berjuang meneruskan perjuangan dakwah Islam walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan

9.    Menerapkan 7 rukun ukhuwwah dalam setiap ahli

10. yg x blh than, melatih diri 'rebeal' jarang2..hehe.


korg rasa tercabar x?.. klu tercabar n nk menikmati kenikmatan ukhwah nih, jom la sertai kami dalam YOQ akn datang..byk lg aktiviti2 yg menarik bkal menunngu korg n my all...

sblm mengakhiri post nih, aku nk ucapkan selamat berukhawah and insylh, sampai ketemu lg ngan korg di lain aktiviti.....mmg best la bro...

Friday, January 7, 2011

aku confuse antara cinta dan cita

Salam,
wah lama rasanya x update blog nih....
sory2, to my all n u all....
when we got confusing between cinta and cita...we got isolate..(^_^)/
we need to pilih antara 2...susah tu..anyway x nk crita pun pasal tu sbb blog org lain dah belambak cerita pasal bnda2 nih...
korg carilah sendiri...sbb aku pun x der masa utk mood nih nk pikir isi cerita cinta2 nih....
cerita yg hanya guna modal sama...

dia sayang aku la, aku sayang dia jg,
tp aku nk kejar cita-cita....,

kita pun confus,
pastu msg cinta-cinta,
akhir msg kita hantar,

"Cinta membuat kta Istemewa,
Rindu membuat kta Terbayang,
Sayang membuat kta Bahagia,
Terluka membuat kita Merana,
Tp, Persahabatan bermakna Slama2nya,"

dia pun terima,
kta pun rasa lega sbb blh kejar cita-cita,

tba2 kta dpat msg plak,

"Ros Hitam utk persahabat,
Ros Putih utk kawan karib,
Ros Merah utk sayang,
mna stu awk nk bagi kat saya?"

kta pun confus lg....
penglihatan kta menjadi itam, gelap x bercahaya,
mna nk kejar, cita ker cinta....
last2 kta pun balas 1 msg shj
msg penamat segalanya...

"lu pikir la sendiri !!! "...

tp tulah bkn semua nih pun yg aku nk share,
kali nih aku nk share entry yg jarang org share,
mmg  jrg sgt org nk cerita pasal 'cinta dan cita' hamba Allah nih..
cerita 'cinta n cita' nya yg membuatkan darah ghairah kita melonjak,
utk islam tercinta..Allahu Akhbar!...

zaz....layan....

Rambutnya kerinting, tubuhnya kurus keding dan kulitnya cukup hitam. Orang memandang lekeh kepadanya dan segan bertemu dengan dia.. Tetapi walaupun begitu, dia telah membuktikan keberaniannya sanggup menewaskan ratusan orang musyrik dalam beberapa kali perang tanding satu lawan satu. Belum termasuk yang ditewaskannya dalam perang berkecamuk.

Sesungguhnya dia pemberani yang pantang mundur. Khalifah ‘Umar bin Al-Khattab pernah menulis surat kepada para panglima, supaya tidak mengangkat Al Bara’ bin Malik menjadi komander pasukan, karena dikhuatirkan dengan keberaniannya yang luar biasa itu akan membahayakan tentera muslimin.

Al-Bara’ bin Malik adalah saudara kandung Anas bin Malik, khadam Rasulullah. Seandainya diceritakan kisah kepahlawanan Al-Bara’ semuanya, sudah tentu terlalu banyak. Kerana itu cukuplah sebuah kisah sahaja, mudah-mudahan dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang kepahlawanannya.

Kisah ini terjadi tidak berapa lama sesudah Rasulullah wafat. Ketika itu beberapa kabilah ‘Arab murtad dari agama Islam secara beramai-ramai, sebagaimana mulanya mereka masuk Islam beramai-ramai. Akhirnya yang tinggal dalam Islam hanyalah para penduduk Makkah, Madinah, Thaif, dan beberapa kelompok yang berselerak di sana-sini. Mereka orang-orang yang teguh imannya.

Khalifah Abu Bakar mengkehendaki agar ancaman terhadap pembelot Islam itu dihapuskan sampai ke akarnya. Maka dibentuknya sebelas pasukan tentera, terdiri daripada kuam Muhajirin dan kaum Ansar. Lalu dikirimnya ke seluruh jazirah ‘Arab, untuk mengembalikan orang orang yang murtad dan memerangi siapa yang membangkang.

Kelompok orang-orang murtad yang paling jahat dan besar ialah kelompok Banu Hanifah yang dipimpin oleh Musailamah Al-Kazzab. Jumlah mereka tak kurang dari empat puluh ribu orang, terdiri daripada prajurit-prajurit kental dan berpengalaman perang. Kebanyakan mereka murtad dan mengikuti Musailamah kerana fanatik kesukuan, bukan kerana percaya kepada kenabian Musailamah.

Sebahagian mereka berkata, “Saya tahu Musailamah itu bohong dan Muhammad lah Nabi yang benar. Tetapi kebohongan Bani Rabi‘ah (Musailamah) lebih saya sukai daripada kebenaran Bani Mudhar (Muhammad).’

Tentera Muslimin yang pertama-tama datang menyerang Musailamah dipimpin oleh ‘Ikrimah bin Abu Jahal. Pasukan ‘Ikrimah dapat dikalahkan tentera Musailamah. sehingga kucar-kacir dan Ikrimah sendiri tewas sebagai syahid.

Sesudah itu dikirim oleh Khalifah Abu Bakar Shiddiq pasukan kedua di bawah pimpinan Khalid bin Walid. Dalam pasukan Khalid ini terdapat pahlawan-pahlawan Ansar dan Muhajirin. Di antara mereka terdapat Al Bara’ bin Malik Al-Anshary, dan beberapa pahlawan muslim lainnya.

Pasukan Khalid bertemu dengan pasukan Musailamah di Yamamah. Pertempuran segera terjadi tak dapat dihindar. Belum lama kedua pasukan itu bertempur, ternyata pasukan Musailamah lebih unggul. Mereka dapat mendesak mundur pasukan Khalid dari posisinya, hingga pasukan Musailamah berhasil menyerbu sampai ke perkhemahan Khalid bin Walid dan menghancurkan perkemahan itu. Bahkan isteni Khalid nyaris terbunuh ketika itu, seandainya tidak diselamatkan pengawal.

Melihat situasi yang tidak menguntungkan, Khalid melompat ke tengah-tengah pasukannya dan mengubah susunan pasukan. Kaum muhajirin, kaum Ansar, dan prajurit yang terdiri anak-anak desa dipisah-pisahkannya mengikut kelompok masing-masing. Tiap-tiap kelompok dikepalai salah seorang dari kelompoknya sendiri. Dengan begitu Khalid dapat mengetahui kesanggupan masing-masing, serta mengenal pasti di mana letak kelemahan tentera muslimin.

Kini kedua pasukan berbuku-hantam dan tebas-menebas dengan sengit dan mengerikan. Kaum muslimin memperlihatkan kemampuan yang belum diperlihatkannya daripada tadi.

Tentera Musailamah bertahan di medan tempur bagaikan gunung, kukuh dan kuat. Mereka tidak peduli walaupun korban banyak jatuh di pihak mereka. Kaum muslimin memperlihatkan keberanian luar biasa, yang kalau dihitung-hitung sesungguhnya merupakan peristiwa yang sangat mengerikan.

Tsabit bin Qais yang memikul bendera Ansar. Dia melilit tubuhnya dengan kain kafan kemudian digalinya lubang setinggi betis. Lalu dia turun ke dalam lobang itu. Dia bertahan di lubang itu mengibarkan bendera kaumnya sampai tewas sebagai syahid.

Zaid bin Khattab, saudara ‘Umar bin Khattab r.a., memanggil kaum muslimin, “Wahai kaum muslimin, bertempurlah dengan gigih! Tewaskan musuh-musuh kalian dan terus maju. Wahai manusia! Demi Allah! Saya tidak akan berbicara lagi sesudah ini sampai Musailamah dihancurkan, atau saya syahid menemui Allah. Saya akan perlihatkan kepada Allah bukti bahwa saya betul-betul syahid.’

Kemudian dia maju menyerang musuh, bertempur sampai tewas sebagai syahid.

Lain pula dengan Salim maula Abu Hudzaifah, pembawa bendera kaum Muhajirin. Kaumnya khuatir dia lemah atau takut. Kata mereka kepada Salim, “Kami sangsi dengan keberanian Anda menghadapi musuh.”

Jawab Salim, “Jika kalian sangsi terhadap saya, biar saya menjadi pembawa bendera Al Quran.“

Kernudian dia menyerbu musuh-musuh Allah dengan berani sehingga Ia tewas pula sebagai syahid.

Tetapi kepahlawanan mereka belum seberapa dibandingkan dengan kepahlawanan Al Bara’ bin Malik r.a. Ketika Khalid melihat api pertempuran semakin berkobar, dia berpaling kepada Al-Bara’. Kata Khalid memerintah, “Kerahkan mereka, hai pemuda Ansar!

Al-Bara’ berteriak memanggil kaum Ansar, ‘Wahai kaum Ansar, Jangan kalian berfikir-fikir hendak kembali ke Madinah. Tidak ada lagi Madinah sesudah hari ini. Ingatlah kepada Allah semata-mata. . kemudian kepada syurga.”

Sesudah berkata begitu dia maju mendesak kaum musyrikin, diikuti prajurit Ansar. Pedangnya menari lincah menebas musuh-musuh Allah. Melihat prajuritnya banyak berguguran, Musailamah dan kawan-kawan menjadi gentar. Kerana itu mereka lari berlindung dalam sebuah perkebunan. Kebun itu kemudian terkenal dalam sejarah dengan nama “Kebun Maut”, kerana banyaknya manusia yang terbunuh dalam kebun itu.

Kebun maut itu adalah tempat lari terakhir bagi Musailamah dan tenteranya. Pagarnya tinggi dan kukuh. Musailamah dan puluhan ribu tentaranya mengunci pintu rapat-rapat dari dalam. Mereka bertahan dalam kebun itu seolah-olah dalam benteng. Dari puncak pagar mereka menghujani kaum muslimin yang berusaha masuk kebun dengan panah.

Kata Al-Bara, “Angkat saya dengan galah dan lindungi saya dengan perisai dan panah-panah musuh. Sesudah itu lemparkan saya ke dalam kebun dekat pintu. Biarlah saya syahid untuk membukakan pintu bagi kalian.”

Dalam sekejap masa sahaja Al-Bara’ sudah berada di atas sebatang galah. Tubuhnya ringan, kerana badannya kurus kecil. Sepuluh orang pemanah melemparkannya ke dalam kebun maut. Al-Bara’ meluncur di atas ribuan tentara Musailamah. Kehadirannya menyebabkan mereka ngeri bagaikan disambar petir. Sementara itu Al-Bara’ sudah berhasil memukul tewas sepuluh orang penjaga pintu. Al-Bara’ segera membukakan pintu bagi kaum muslimin. Namun begitu Al-Bara’ tak luput dari sentuhan pedang dan goresan panah yang menyebabkan sembilan buah luka menganga ditubuhnya.

Kaum muslimin tumpah ruah menyerbu ke dalam kebun maut.. Pedang mereka berkelibat di tengkuk orang-orang murtad. Lebih kurang dua puluh ribu orang korban yang tewas di pihak mereka termasuk pemimpin mereka, Musailamah Al-Kadzab.

Al Bara’ segera dinaikkan kawan-kawannya ke atas kenderaan untuk diubati. Sebulan lamanya Khalid merawat dan mengubati Al Bara’ sampai dapat menyembuhkan luka-lukanya. Dia memuji dan bersyukur kepada Allah yang telah memberi kemenangan bagi kaum muslimin.

Al Bara’ bin Malik Al-Ansary sangat merindukan kematian sebagai syahid. Dia kecewa kerana gagal memperolehnya di Kebun Maut. Maka sejak itu dia selalu menceburkan diri dalam peperangan untuk mencapai cita-cita besarnya, dan kerana rindu hendak segera bertemu dengan nabinya yang mulia.

Ketika perang penaklukan kota Tustar di Persia, tentera Persia berlindung dalam sebuah puri. Puri itu merupakan benteng yang kukuh bagi tentera Persia . Temboknya tinggi, besar, pintu-pintunya kuat dan kukuh. Kaum muslimin mengepung dengan ketat. Setelah mereka terkepung begitu lama, akhirnya mereka mendapat kesulitan. Mereka menghulurkan kait-kait besi yang panas membara dari puncak pilar untuk mengait tentera muslimin. Tentera muslimin yang terkait mereka angkat ke atas, adakalanya langsung tewas atau setengah tewas.

Dalam perang Tustar inilah dia berdo’a kepada Allah semoga dia diberi rezeki sebagai golongan syuhada. Allah memperkenankan do’anya.

Saudara kandungnya Anas bin Malik terkait oleh pengait berapi itu. Ketika Al Bara’ melihat saudaranya terkait, dia melompat ke dinding benteng dan melepaskan pengait dari tubuh saudaranya. Tangan Al Bara’ terbakar dan melepuh memegang pengait yang panas membara. Tetapi dia tidak peduli asal saudaranya lepas dari pengait itu. Kemudian dia berhasil turun dengan jari-jemari tangannya tanpa daging.Semua dagingnya hangus terbakar, yang terlihat hanya tulang-tulang. Waktu yang lama diperlukan untuk menyembuhkan tapak tangannya.

Belum berakhirkah masa penantian si perindu syahid ini?

Di sini. Di perang tustur, ketika pasukan Islam berhadapan dengan pasukan Persia. Di sinilah Bara’ merasakan kemenangannya.

Penduduk Ahwaz dan Persia telah berhimpun dalam satu pasukan tentera yang sangat besar hendak menyerang kaum muslimin. Khalifah Umar bin Khattab menulis surat kepada Sa’ad bin Abi Waqqash di Kufah dan kepada Abu Musa Al-Asy’ari di Bashrah agar mengirimkan pasukan ke Ahwaz, kemudian beliau berpesan dalam surat tersebut:

“Angkatlah Suhail bin ‘Adi sebagai panglima pasukan dan hendaklah ia didampingi oleh Bara’ bin Malik.".

Maka berkumpullah pasukan dari Kufah dan Bashrah untuk menghadapi tentera Persia dalam satu pertempuran yang dahsyat dan mencengkam.
Dua bersaudara, Bara’ dan Anas ikut dalam pasukan itu.
Pertempuran dimulai dengan perangn satu lawan satu. Bara’ sendiri berhasil menewaskan 100 tentera Persia. Kemudian, kedua-dua pasukan saling menyerang. Pertempuran berlangsung sangat dahsyat dang mengerikan. Korban daripada kedua-dua belah pihak berguguran dan sangat banyak.

Beberapa orang sahabat mendekati Bara’ dan berkata, “Masih ingatkan engkau akan sabda Rasulullah tentang dirimu, ‘Betapa banyak orang yang berambut acak-acakan, berdebu dan hanya memiliki dua pakaian using. Mereka tidak dihargai orang, padahal seandainya dia memohon kepada Allah, pasti dikabulkan. (Bara’ termasuk di antara mereka.) Wahai Bara’, mohonlah kepada Allah agar menghancurkan mereka dan member kemenangan kepada kita.”

Bara’ menadah tangannya ke langit dengan rendah hati, lalu berdoa, “Ya Allah, kalahkanlah mereka. Berilah kami kemenangan. Dan pertemukan aku dengan NabiMu hari ini.” Beliau melemparkan pandangan kepada Anas yang sedang bertempur dekatnya seakan hendak mengucapkan selamat tinggal. Kaum muslimin bergerak menuju dengan gagah berani, keberanian yang dukar dicari tandingannya.

Pertempuran sengit ini berakhir dengan kemenangan di pihak kaum Muslimin. Allahu Akbar!!!
Di antara deretan para syuhada’ perang, wajah Bara’ tersenyum merekah bak sinar pagi. Tangan kanannya menggenggam pasir yang berlumuran darahnya yang suci. Pedangnya terdampar di sebelahnya. Masih kukuh, tidak rosak sedikit pun.

Sang musafir sudah kembali ke kampong halamannya. Bersama rakan-rakan para syuhada’. Beliau telah menyelesaikan perjalanan panjangnya yang begitu indah dan luar biasa. Mereka mendengarkan seruan,

“Itulah syurga yang diwariskan untuk kalian sebagai balasan atas amal perbuatan kalian.” (al-A’raf:43)