Wednesday, May 18, 2011

my gift to my special


salam,
my all n u all thu x dlm hidup kita kita kena sentiasa berhikmah ngan semua makhluk kat dunia nih...

my teacher had said that "hidup kita biar byk memberi dari menerima...."

so i had special gift for my special....

" msa berganti masa,
waktu ak kesorangan,
u came n said wanna be my friend,


do u still remember,
the very first time,
i confest to u to be my special,
n u said yes by ur speedy,
never take me down,

tq for being so lovely n pure of heart,
membuat lelaki lain jealous,
melihatmu bersama ku,
beuty n the beast,
tq for always be with me,


semasa proses pemasangan

i has a very samll present for u,
i know it's priceless,
compare to what u hv done to be,
but still, please acept it,
tq for always be with me...."
nukilan : rabbany

this is my gift....cover set silver hijau...
hadiah sempena apa erk...entah la..adiah sempena setia berkhidmad kepada ak kot..hahaha
sory gambar teruk giler...lupa nk ambik gmbar wajah brunya..ni guna hset jer
sbnrnya...ni yg lama punya...skrg my special get new one...hehe..sempena ulang thun pertama kami bersama....ade msa nnt aku upload gmbar terbarunya,....harap u all and my all gembira ngan pemberian ini...jgn jealous dan dijealousy.....hoyey!!!!

Tuesday, May 17, 2011

Kenanganku bersama Jam swatch

Salam…..
Korg pernah dgr x citer… “aku seutas jam tangan swatch”

Thun 2003.
Robert Indiana Enigmatic Love Swatch
Pada suatu ari yg hening , pada mlmnya petir menyambar2, aku telah di ‘made’ di sebuah kilang swatch di swizland menggunakan system electronic yang paling canggih. Aku diberi pakaian yg sungguh elok, tertulis ‘LOVE’ mcm arca at korean hotel. Aku dipack dlm sebuah kotak yg sungguh lawa, dalamnya ader baldu merah empuk…

Selang beberapa hari, aku diterbangkan ker luar Negara….mka bermulalh episode baru aku di Malaysia. Di dipamerkan di satu bilik kaca yg penuh ngan lampu2 oren dan tertulis new arrival. Disana aku ditemukn ngan ramai kawan2 lain, ataranya rolex, TAG, rado and  yg datangnya dari merata tempat yg aku sendiri pun x pernah dgr tempat tu.
Aku merasa bangga ramai pengungjung yg dtg ke situ akn berhenti dan menatapku, terutama org2 muda. Di saat itu aku telah berangan yg suatu ari nnt ak pastikan menjadi hak milik sorg gadis yg  cantik…hahaha

Hari berganti hari, bulan berganti bulan…sudah ramai dikalangan kawan aku telah mempunyai tuan baru. Semuanya nmpak maching dengan gaya tuannya yg segak berbaju kot dan bertai. Aku mula merasai syahdu.terutama bila berkumandangnya lagu2 raya..sayup kedengaran. Kertas yg dulunya tertulis ‘new arrival’ tlh beralih ke tempat lain. Jarum pendek ku x pernah bergerak secepat jarum pnjg lg.

Thun 2004.
Pada suatu ari yg hening, pada mlmnya petir menyambar2, aku telah diberithu yg ak akn mempunyai tuan baru. Seorg remaja kemas pakaiannya, yg dulu seingat aku tlh dtg menilik aku ..... tlh dtg membawa aku pulang. Aku terasa begitu bahagia, begitu jg tuan baru aku. Aku telah dibawanya kemana2 saja tempat dia pergi. X pernah aku di tinggalkan sendirian.

Ari berganti hari, bulan berganti bulan, tali jam aku telah lusuh dan akhirnya putus . sejak daripada itu, aku ditinggalkan di atas meja shj dan akhirnya disimpan dlm kotak berhabuk didlm stor. Ati aku yerasa sdih skali. Terasa seakan-akan lemah utk mengerakan jarum panjangku, apatah lg jarum pendek... Lama-kelamaan, mata aku tlh menjadi semakin malap, jarum aku dah x mahu bergerak lagi…dunia aku gelap,

biarlah aku tidur skjp.

Thun 2008.
aku terasa bertenaga skali... Barangkali aku telah diberi nafas baru. Aku pun membuka mataku dan kelihatan seorg pemuda baru tgh bersembang dgn pemilik kedai jam, ak x mengenalinya. Tp,  remaja itu sungguh baik hati. Aku telah diberi tali baru. Keadaan aku segak seperti dulu, terasa baru. Aku berazam utk memberi sepenuh khidmat kepada tuan batu aku ini. Aku di jaga bagai menatang minyak yg penuh.
Aku terasa khidmatku diprgunakan sepenuhnya olh tuan baru aku,
1.    Aku digunakan utk mengingatkan waktu solat tlah masuk
2.    Aku digunakan utk mengingatkan masa meeting
3.    Aku digunakan utk mengingatkan masa kelas dah nk dekat
4.    Aku juga digunakan utk meresahkan tuan aku ‘bila la nk abis kelas nih’

Thun 2010.
Aku terasa begitu bahagia skali dpt khidmat kpd tuan spnjg 2 thun nih. Aku telah di bawabya ke merata2 tempat. Aku x pernah ditinggalkan keseorgan. Ade pernah sekali tuan aku yg time tu dah 2 km rela patah balik ke bilik  mendapatkan ak time exam final.


Thun 2011.
Pada suatu ari yg hening, pada mlmnya petir menyambar2, malang memang x pernah nk berbau. Aku pun x pernah thu bau malang mcm mna. tuan aku tlh membawa aku ke Kedah. Aku tlh dibawa berjalan-jalan ke luar negeri bersama tuan aku tp aku tlh keciciran or misplace aku sendiri pun x pasti. Kini aku kesorgn skali lgi. Tp aku pasti, tuan aku pasti kata “ak berharap sapa yg jumpa jam ak ini, tlg lah jaganya dgn baik. Ak merindui nya pun, hatdoi”….

Moga jam ak berbahagia bersama tuan baru (klu ader). Wlau ak trasa sgt ssh hati nya pun dn sgt marah adoi.. atas kehilangan mu tp ati ini mahu ader taman. Muga selamat kembali….

Friday, May 6, 2011


Diari JOM (journey of muslim) edesi ke-2
IKRAM Teen Kelantan (ItK)……..Sedikit pengenalan ttg  ItK, pengerusinya adalah Utz. Rusydidan supporting-bawahnya ada beberapa biro lain. ItK ini telah Berjaya mengembangkan sayapnya ke 3 buah skolah dan telah byk menjayakan prog  remaja antaranya journey of muslim(JOM), KBM, meniti usia baligh(MUB), lambaian menara gading(LMG), bakti masyarakat, futsal mingguan, pameran dan sbgainya.

Kali ini ak sempat mengikuti prog JOM 2nd edition ke terengganu. Prog JOM adalah prog berkala yg dianjurkan oleh ItK. Prog ini menyasarkan penyertaan kepada semua remaja sklh menengah. Antara objective prog JOM ini adalah
1.    merapatkan ukhwah antara IKRAM teen Kelantan dan negeri lain.
2.    merapatkan ukhwah antara IKRAM teen Kelantan sendiri.
3.    Melatih disiplin IKRAM teen Kelantan.


Hari Pertama(30/4)
Seramai 27 org termasuk committee bertolak dari masjid Ahmadi lepas zohor, dlm perjalanan kami telah diberi tugasan bagi mengisi masa perjalanan yg dijangka 3 jam. Antaranya soheh doh taaruf, baca al-quran ½ juz sorg, and bincang utk persembahan.

Sesampainya disana kami disambut olh ikhwah Terengganu(irfan, izhar syafawi, syafiq, helmi dan nik suhaimi uia pun ader jgk) di sport planet gong badak, main futsal bersama.
Kami dibawa diner di Bandar di Selera Timur sbb dekat ngan tempat penginapan kami iaitu pejabat IKRAM Terengganu.

Hari Kedua(1/5)
Kami chek out pkul 8 and off to breakfast di jln menuju masjid terapung. Bagi ak lah perkara yg intresting adalh org terenggani ni mmg suka makan kat luar kot time ujung minggu mcm nih. Bkan aper, ssh giler nk cari kedai mkn yg sdkt pelanggang smuanya penuh. Haha…
Di bandor t’ganu ni kami berpusing2 sekitar masjid terapung bermain ngan ikan2 disana, di dataran SyahBandar yg ktk itu adr function katanya PM turun, dan di masjid Kristal.
Di Masjid Terapung

Ak sempat berbual2 ngan sorg pak cik pengembala kuda yg ketika itu tgh observe ank didiknya tgh train kuda diorg dlm air. Mmg best tgk dorg main air ngan kuda diorg…hoyey.
 Pak cik tu ckp “kita ni kna syg kat kuda(haiwan) kita, kena train dia ngan baik, brulh kuda kita pun syg kat kita, klu kta buat kasar2, dia ak cpat meragamlh ….. ” byk lgi sbnrnya pak cik tu ckap tp dh lupa, khusyuk sgt tgk kuda main air….hahaha,,,t papa yg pak cik ckp tu mmg betul.

Di Masjid Kristal

Sdg berpusing tayar melangkah msk ke tempat parking masjid terkejut aku terdapat masjid yg tersergam  indah bersaksikan ikan di muar sungai Terengganu itu. Ditempat parking tu shj terdapat byk buah bas dan kereta, kiranya ak di masjid mesti ramai org yg mengimarahkannya.
Sdg melangkah msk je pintu gerbang masuk, mata ak liar memerhati sekeliling x puas menikmati indahnya Kristal. Di perkarangan masjid pun begitu ramai org membuat aktiviti masing2, ader yg duduk posing utk bergambar, ader yg duduk main hset jer sambil tunggu kluarga, ader yg sdg berjamu selera.



Sesampainya melangkah masuk ker dlm masjid aku terpegung dgn ukiran2 yg terukir si setiap pelosok masjid. Penuh dgn kesenian islamiknya yg tenang utk di pandang. Melihat org ramai terukir senyuman menandakan setuju dgn kesenian ini. Semuanya sibuk mengambil gambar kenangan di situ sini sgbai tunjuk kat sahabat handai bhwa ‘aku berada dlm masjid kesenian islam’

Namun sayang, masjid td yg penuh kesenian ini x de kemulaiannya….. semua muslim yg dtg bkan utk mengimarahkan masjid sebliknya hanya utk meramaikan masjid. Semuanya sibuk bergambar shj, bercampur lelaki dan perempuan, dri yg tutup seluruh tubuh kepada yg tertayang tubuh, tiada lgi ibadah2 sunat yg dilakukan….
sayang seribu kali sayang, Masjid yg kaya dgn kesenian tp miskin dgn ibadah… 

Ptg tu kami meneruskan lgi journey kami ke lata tembakah. Disana kami bermain game kuda perang, menara org, lambung org.  yg lucu skali ader 3 kejadian nyaris lemas dkalangan kami…
p/s: kpada sapa yg ingin mengunjungi lata tembakah sila jaga keselamatan…
malam nya kami ad jamuan makan malam ngan pimpinan IKRAM Kelantan di pejabat IKRAM. Kami amat bertuah kerana diberi sedikit isian oleh president IKRAM Kelantan utz. Lah dan sedikit permata utk di bawa pulang “dunia Isalam kini telah berubah, remajalah yg akan memainkan peranan besar nnt....biarlah kita remaja yg skrg ini menjadi pemangkin atau pemula bgi perubahan ini…..jgn lah kita menjadi menentang perubahan ini…..”

my group...nice to meet u all

tepat jam 11 mlm maka berakhirlah secara rasmi prog JOM dgn salam semut…prog yg begitu menyeronokkan sbg medium merapatkan ukhwah dan to release tension….moga ak sempat mengikuti JOM edisi ke-3 plok…hoyey…mmg best.
Korg mcm mna? Ad brand nk join ktorg?...hoyey..