Tuesday, May 17, 2011

Kenanganku bersama Jam swatch

Salam…..
Korg pernah dgr x citer… “aku seutas jam tangan swatch”

Thun 2003.
Robert Indiana Enigmatic Love Swatch
Pada suatu ari yg hening , pada mlmnya petir menyambar2, aku telah di ‘made’ di sebuah kilang swatch di swizland menggunakan system electronic yang paling canggih. Aku diberi pakaian yg sungguh elok, tertulis ‘LOVE’ mcm arca at korean hotel. Aku dipack dlm sebuah kotak yg sungguh lawa, dalamnya ader baldu merah empuk…

Selang beberapa hari, aku diterbangkan ker luar Negara….mka bermulalh episode baru aku di Malaysia. Di dipamerkan di satu bilik kaca yg penuh ngan lampu2 oren dan tertulis new arrival. Disana aku ditemukn ngan ramai kawan2 lain, ataranya rolex, TAG, rado and  yg datangnya dari merata tempat yg aku sendiri pun x pernah dgr tempat tu.
Aku merasa bangga ramai pengungjung yg dtg ke situ akn berhenti dan menatapku, terutama org2 muda. Di saat itu aku telah berangan yg suatu ari nnt ak pastikan menjadi hak milik sorg gadis yg  cantik…hahaha

Hari berganti hari, bulan berganti bulan…sudah ramai dikalangan kawan aku telah mempunyai tuan baru. Semuanya nmpak maching dengan gaya tuannya yg segak berbaju kot dan bertai. Aku mula merasai syahdu.terutama bila berkumandangnya lagu2 raya..sayup kedengaran. Kertas yg dulunya tertulis ‘new arrival’ tlh beralih ke tempat lain. Jarum pendek ku x pernah bergerak secepat jarum pnjg lg.

Thun 2004.
Pada suatu ari yg hening, pada mlmnya petir menyambar2, aku telah diberithu yg ak akn mempunyai tuan baru. Seorg remaja kemas pakaiannya, yg dulu seingat aku tlh dtg menilik aku ..... tlh dtg membawa aku pulang. Aku terasa begitu bahagia, begitu jg tuan baru aku. Aku telah dibawanya kemana2 saja tempat dia pergi. X pernah aku di tinggalkan sendirian.

Ari berganti hari, bulan berganti bulan, tali jam aku telah lusuh dan akhirnya putus . sejak daripada itu, aku ditinggalkan di atas meja shj dan akhirnya disimpan dlm kotak berhabuk didlm stor. Ati aku yerasa sdih skali. Terasa seakan-akan lemah utk mengerakan jarum panjangku, apatah lg jarum pendek... Lama-kelamaan, mata aku tlh menjadi semakin malap, jarum aku dah x mahu bergerak lagi…dunia aku gelap,

biarlah aku tidur skjp.

Thun 2008.
aku terasa bertenaga skali... Barangkali aku telah diberi nafas baru. Aku pun membuka mataku dan kelihatan seorg pemuda baru tgh bersembang dgn pemilik kedai jam, ak x mengenalinya. Tp,  remaja itu sungguh baik hati. Aku telah diberi tali baru. Keadaan aku segak seperti dulu, terasa baru. Aku berazam utk memberi sepenuh khidmat kepada tuan batu aku ini. Aku di jaga bagai menatang minyak yg penuh.
Aku terasa khidmatku diprgunakan sepenuhnya olh tuan baru aku,
1.    Aku digunakan utk mengingatkan waktu solat tlah masuk
2.    Aku digunakan utk mengingatkan masa meeting
3.    Aku digunakan utk mengingatkan masa kelas dah nk dekat
4.    Aku juga digunakan utk meresahkan tuan aku ‘bila la nk abis kelas nih’

Thun 2010.
Aku terasa begitu bahagia skali dpt khidmat kpd tuan spnjg 2 thun nih. Aku telah di bawabya ke merata2 tempat. Aku x pernah ditinggalkan keseorgan. Ade pernah sekali tuan aku yg time tu dah 2 km rela patah balik ke bilik  mendapatkan ak time exam final.


Thun 2011.
Pada suatu ari yg hening, pada mlmnya petir menyambar2, malang memang x pernah nk berbau. Aku pun x pernah thu bau malang mcm mna. tuan aku tlh membawa aku ke Kedah. Aku tlh dibawa berjalan-jalan ke luar negeri bersama tuan aku tp aku tlh keciciran or misplace aku sendiri pun x pasti. Kini aku kesorgn skali lgi. Tp aku pasti, tuan aku pasti kata “ak berharap sapa yg jumpa jam ak ini, tlg lah jaganya dgn baik. Ak merindui nya pun, hatdoi”….

Moga jam ak berbahagia bersama tuan baru (klu ader). Wlau ak trasa sgt ssh hati nya pun dn sgt marah adoi.. atas kehilangan mu tp ati ini mahu ader taman. Muga selamat kembali….

2 comments:

  1. memang sedih if hilang jam.or rasa tak lengkap if tak pakai jam.:).anyhow, all the best for a new watch!in a positive way, nak dapat jam baru!!:p

    ReplyDelete
  2. haha...positive way is tunggu ore hadiahkn plok...(^_^)

    ReplyDelete